emel daripada webmd semakin banyak dalam inbox, belum ada kesempatan untuk baca. Nampak ada tajuk yang best ; "how to pamper your dry skin". So, lyla kongsikan di sini ye dalam bahasa melayu "Bagaimana mencuci kulit muka yang kering". Semoga bermanfaat. hehe
Sentiasa Membasuh Muka Sebelum Tidur.
http://health.howstuffworks.com/skin-care/moisturizing/tips/moisturize-face-at-night.htm
http://www.highonhealth.org/do-we-really-need-to-moisturize/
http://youqueen.com/style/how-to-make-your-lips-bigger-naturally/
http://www.everydayhealth.com/skin-and-beauty/skin-care-101/tips/six-ways-to-prevent-dry-skin.aspx
http://www.care2.com/greenliving/prevent-and-treat-dry-skin-how-to.html
http://www.ehow.com/how_2293939_stop-dry-skin.html
Sentiasa Membasuh Muka Sebelum Tidur.
Tak kira bagaimana kering pun kulit anda, membasuh muka pada waktu malam tetap penting dan tak boleh ditinggalkan. Ini kerana, pada siang hari, kotoran seperti mekap, sel mati, debu dan bakteria akan banyak terkumpul pada permukaan kulit muka kita. Kotoran ini boleh masuk ke liang pori muka dan menyebabkan radang pada permukaan kulit muka. Basuh perlahan-lahan tanpa menyental untuk mengelakkan kulit merengsa. Pada waktu pagi pula tak perlu basuh muka dengan sabun, cukup setakat membilas dengan air.
sumber:gambar
Pembersih Muka Jenis Sabun atau Bukan Sabun?
Bahan dalam pencuci muka yang bersabun akan membasuh pelembap semulajadi yang ada pada permukaan kulit muka. Ini menyebabkan rasa kering, gatal dan radang. Bahan dalam pencuci muka yang tidak bersabun diperbuat daripada bahan yang hampir sama dengan sabun yang biasa, cuma ianya 'kurang' mengurangkan minyak pelembap semulajadi pada kulit.
Apa yang Perlu Anda Cari dalam Pembersih Muka.
Pertimbangkan pembersih yang lembut yang ditambah dengan moisturizer. Kulit anda harus dipastikan untuk sentiasa terasa lembut dan licin selepas pembersihan. Jika pencuci yang anda pilih menjadikan kulit anda berasa terlalu kering dan ketat, cuba pencuci muka yang lain pula.
Air dan Kulit Kering.
Mandi dengan air yang panas lebih cepat membasuh minyak semulajadi yang membantu melembapkan kulit kita berbanding mandi dengan menggunakan air suam. Taklah panas mendidih ye. Maksud suam di sini ialah standard, 35 darjah. Jadi, basuh muka dengan air yang suam dan jika anda mandi menggunakan air panas, limitkan masa anda.
Untuk Kulit Kering, Tak Perlu Skrub Muka.
Berita baik untuk anda yang mempunyai kulit kering ialah, anda tak perlu membeli skrub muka dan tak perlu luangkan masa berharga anda untuk skrub muka anda. Ini kerana, menggosok dan menyental kulit muka anda akan menyebabkan kerengsaan pada kulit muka anda. Jadi, basuh muka anda dengan tangan dah memadai.
Tekap, dan Jangan Gosok Muka yang Kering.
Usah rosakkan kulit muka anda yang sempurna dengan menggosok kulit anda yang kering. Menggosok boleh menyebabkan lelasan pada kulit anda, kemudian akan membawa kepada kerengsaan dan keradangan. Sebaliknya, bilas muka anda dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih. Tak perlu lap sehingga terlalu kering, supaya boleh meninggalkan sedikit lembapan dan minyak pelembap semulajadi pada kulit anda.
Pelembap, Pelembap, Pelembap.
Sebenarnya, pelembap tidak menambah lembapan pada kulit anda tetapi mengelakkan kehilangan lembapan yang dah sedia ada.
Tapi, takkan nak buat benda ni seumur hidup kan? Jadi, bagaimana nak berhentikan keadaan kulit muka yang kering?Menurut youqueen.com :1. Anda kena elakkan diri anda daripada terdedah kepada elemen yang boleh mengeringkan kulit muka, seperti cahaya matahari yang terik.2. Gunakan produk daripada alam semulajadi untuk mencuci muka anda.3. Kerap minum air.4. Elakkan mandi menggunakan air panas.5. Elakkan ter'over' membasuh muka anda.
http://health.howstuffworks.com/skin-care/moisturizing/tips/moisturize-face-at-night.htm
http://www.highonhealth.org/do-we-really-need-to-moisturize/
http://youqueen.com/style/how-to-make-your-lips-bigger-naturally/
http://www.everydayhealth.com/skin-and-beauty/skin-care-101/tips/six-ways-to-prevent-dry-skin.aspx
http://www.care2.com/greenliving/prevent-and-treat-dry-skin-how-to.html
http://www.ehow.com/how_2293939_stop-dry-skin.html